PantangPlus.com â Pakej berpantang selepas bersalin
Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:
âSemasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat âcheck-upâ dengan doktor pakar selama 6 bulan.â
Kini, boleh âbooking onlineâ
Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilihtukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.
Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. âConfinement ladyâ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.
Pelanggan dari luar negara
Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.
Pesanan kami, jaga badan elok-elok semasa berpantang selepas bersalin. Barulah badan sedap, hati tenang!
Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.