Quantcast
Channel: #CeritaMak 🌺
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1091

Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma

$
0
0
KHIDMAT BANTUAN BAS SEKOLAH PERCUMA OLEH KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (KWP) DAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma
Peningkatan harga tambang bas sekolah di Kuala Lumpur semakin meningkat saban tahun akibat peningkatan kos bahan api. Jadi sebagai usaha mengurangkan beban rakyat, sejak awal tahun lalu Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menyediakan perkhidmatan Bantuan Bas Sekolah Percuma kepada semua anak-anak yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara. Alhamdulillah bantuan ini telah masuk tahun kedua bahkan Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta bagi operasi Bantuan Bas Sekolah Percuma di seluruh Wilayah Persekutuan pada tahun ini.

PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA KEPADA PELAJAR SEKOLAH PPR/PA DBKL
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma PA
"Sebelum kerajaan memperkenalkan inisiatif ini, kami terpaksa membiayai kos pengangkutan seperti menyewa van sehingga mencecah RM300 sebulan untuk seorang anak. Jika dikira jumlah anak, itu sudah cukup menghimpit kami yang hanya mempunyai pendapatan bulanan yang sederhana,” - Rosmawati Azman, 35 (PA Flat Seri Sabah)
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma
Khidmat Bantuan Bas Sekolah Percuma
Ibu bapa menghantar anak-anak menaiki bas sekolah percuma yang disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Setakat ini, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah menyediakan 165 buah bas bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang tinggal di 74 PPR dan PA sekitar ibu negara dan kos yang diperuntukkan untuk setiap pelajar ialah RM80. Bagi pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah percuma itu, mereka hanya perlu memakai lanyard yang dibekalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada mereka ketika mendaftar dan memakai pakaian seragam sekolah ketika menaiki bas sekolah berkenaan.

Dengan bantuan ini walaupun sedikit, diharapkan bebanan perbelanjaan bulanan keluarga dapat dikurangkan dan pendapatan seisi keluarga akan lebih baik. Ini menunjukkan pihak kerajaan meyedari kepayahan rakyat yang terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi. Malah, rata-rata menyifatkan kemudahan tersebut merupakan bantuan yang diperlukan dan ia terus dimanfaatkan oleh golongan sasar khususnya penduduk yang tergolong dalam kalangan berpendapatan rendah.

Untuk rekod, kini anak-anak penghuni Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam DBKL berpeluang menggunakan perkhidmatan Bantuan Bas Sekolah Percuma seperti yang diminta oleh Timbalan Perdana Menteri DS Zahid Hamidi tahun lepas dan direalisasikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan DS Tengku Adnan Tengku Mansor. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada kerajaan persekutuan atas perlaksanaan janji kerajaan bagi mengutamakan rakyat ;) #KetuaKampungKL #HebatkanNegaraku #AkarUmbiBinaNegara

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1091